Tips Cepat & Terbaik Mencari Homestay Bercuti di Kota Bharu Kelantan

Ditulis oleh pada

Memandangkn perusahaan homestay tumbuh dengan pesatnya di bandar besar seperti Kota Bharu Kelantan, agak sukar untuk tetamu membuat pilihan terbaik untuk menginap di homestay/guest house yang bersesuaian.


Disini Artie Homestay ingin berkongsi beberapa tips mudah & ringkas untuk mengenal pasti homestay yang bersesuaian untuk anda seisi keluarga menginap di Kota Bharu Kelantan untuk keselesaan dan mengikut bajet kewasnagan percutian anda.

Kenapa Mencari Homestay

Homestay adalah pilihan terbaik jika ingin bercuti seisi keluarga kerana ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan penginapan. Di Kota Bharu sendiri kekurangan bilik khusus untuk famili (4-6 orang) memaksa tetamu seisi keluarga mencari homestay untuk menginap di bandar ini ketika musim percutian.

Oleh itu jika anda mempunyai lebih dari 5 orang seisi keluarga, eloklah anda menginap di homestay dari hotel-hotel yang memaksa anda menyewa lebih bilik - kerana 1 bilik hotel terhad kepada 3 orang. Maka anda boleh mengurangkan hampir separuh dari bajet penginapan anda di hotel jika memilih menginap di homestay.

Kini homestay juga dilengkapi berbagai fasiliti asas seperti disediakan oleh hotel-hotel terkemuka seperti hawa dingin, pemanas air serta bancuhan air minuman percuma seperti di contoh homestay ini.

Carian Homestay Lebih Tepat untuk Destinasi Percutian Anda

Tidak dinafikan, jika anda meng"google" carian "homestay kota bharu kelantan" banyak pengusaha homestay akan terpapar di hasil enjin carian. Ia disediakan oleh laman-laman pengendali carian direktori pendaftaran homestay/hotel mahupun laman web homestay itu sendiri.

Namun begitu, masalah berlaku apabila keadaan "indah khabar dari berita". Dari siasatan kami hampir 80% dari senarai homestay tersebut adalah lapuk dan tidak dikemaskini. Maka fasiliti, harga, keadaan semasa homestay berkemungkinan tidak seperti apa disediakan di paparan skrin anda!

Dinasihatkan supaya membuat sedikit carian & semakan sama ada pengusaha homestay tersebut kemaskini penyenaraian mereka. Jika homestay itu mempunyai laman web, siasat juga fasiliti terkini disediakan kerana ada sebilangan kecil sahaja pengendali homestay akan kemaskini melalui blog mereka. Lihat pada tarikh terakhir mereka kemaskini blog mereka untuk menentukan bahawa mereka terus akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Bajet Penginapan Homestay

Kenal-pasti bajet penginapan homestay anda berdasarkan jumlah hari keperluan menyewa. Ada diantara pengusaha homestay memberikan kadar harga potongan, jika tetamu ingin menyewa lebih dari 1 hari. Pastikan anda tentukan bajet anda sebelum membuat panggilan/e-mail membuat pertanyaan supaya kos perbelanjaan percutian anda tidak terjejas.

Perancangan Percutian Sebelum Membuat Pilihan

Jika anda sudah merancang kawasan untuk melawati di bandar/kawasan Kota Bharu, eloklah anda memilih homestay yang berkedudukan "centralized" dengan kawasan yang bakal anda kunjungi tersebut. Ini memudahkan laluan perjalanan anda pergi & balik ke tempat pemginapan tanpa sebarang masalah. Buat seidikit perancangan ke kawasan utama anda bakal lawati sebelum memilih homestay yang sesuai dengan perjalanan percutian anda tersebut.

Fasiliti & Harga Ditawarkan Pengusaha Homestay

Tidak dinafikan, banyak harga ditawarkan oleh pengendali homestay di Kota Bharu Kelantan dengan berbagai fasiliti. Selalu timbangkan antara fasilit disediakan oleh pengusaha tersebut mengikut harag sewaan ditawarkan. Ini kerana ada pengusaha mengenakan caj RM250/semmalam jika bilik berhawa dingin, & ada juga yang mengenakan hanya RM150/semalam dengan fasilit yang sama. Semak dengan pengusaha homestay tersebut untuk maklumat lanjuut.

Keselamatan Asas Disediakan Homestay

Keselamatan harus dititik bertakan jika ingin menginap dimana-mana ketika bercuti. Ini amat penting kerana anda juga akan membawa dokumen penting seisii keluarga & tidak termasuk wang ringgit di dalam poket.

Pastikan homestay dipilih mengendalikan langkah-langkah keselamatan sewajarnya di premis mereka. Pintu bergrill, tingkap yang boleh ditutup & bergrill, kad kunci akses memainkan peranan asas bagi sesebuah homestay. Jika kenderaan anda mempunyai kawasan berpagar ketika bermalam, ia adalah keselamatn bonus dan harus dititik neratkan juga.

Pastikan juga kunci & segala grill berada dalam keadaan baik & bersih kerana ia menentukan sajuh mana pengusaha homestay tersebut serius dalam menjaga keselamatan harta anda ketika menginap di premis mereka.

Kenal Pasti Jiran Persekitaran Semasa Homestay

Jiran & persekitaran homestay dipilih anda mestilah dalam keadaan yang selamat & terkawal. Kedudukan prasarana sedia ada seperti balai polis, masjid, stesen minyak, mesin-mesin ATM, institusi perbankan, klinik, hospital, pusat pendidikan, juga harus ditimbangkan kerana secara amnya, kawasan tersebut dikategorikan sebagai kawasan aman & selamat serta terkawal.

Akses laluan alternatif juga harus diambil kira jika anda ingin mengelakkan dari kesulitan kesesakan trafik terutamanya di pusat bandar seperti Kota Bharu ini. Jika ada, ia akan melancarkan lagi laluan percutian anda kelak.

Gunakan Kuasa Gajet Anda

Banyak informasi terkini boleh diperoleh dengan menggunakan gajet anda! Gunakan sepenuhnya bantuan tersebut bagi membuat sedikit siasatan awal. Gajet seperti telefon pintar, telefon mobile, tablet, smart PC memberikan anda akses kepada dunia internet & informasi terkini serta merta.

Baca review pengguna berkenaan homestay yang bakal anda pilih bagi meyakinkan keputusan anda. Buat panggilan terus kepada penguasaha homestay tersebut untuk mendapat maklumat selanjutnya. Jika penggilan tidak dijawan, hantar SMS untuk pertanyaan anda. Jika masih tidak dijawab, LUPAKAN! Cari seterusnya kerana pengusaha homestay tersebut sebenarnya tidak serius dalam menjalankan perniagaannya itu.

Selamat bercuti di Kota Bharu Kelantan. Semoga percutian anda sentiasa dilingungi pencipta alam & seterusnya memberikan 1001 kenangan untuk anda seisi keluarga.
Tips Cepat & Terbaik Mencari Homestay Bercuti di Kota Bharu Kelantan http://homestay.artienatasha.com/2014/10/tips-cepat-terbaik-mencari-homestay.html

Berada di Kota Bharu & mencari tempat menginap sekeluarga?  Tempah Sekarang