Berkenaan Artie Homestay Kelantan

Imbas kelengkapan disediakan di Artie Homestay Kelantan, tersedia kelengkapan untuk tetamu menginap selesa seperti berada di hotel terkemuka.

Artie Homestay Kelantan diusahakan oleh Artie Fesyen Textile - pereka, pembuat & pemborong terbesar tudung bawal & desain tudung kontemporari Kelantan. Ilham yang timbul kerana kesesakan tempat penginapan di bandar Kota Bharu sepanjang tahun, memberikan ruang kepada kami untuk menambah nilai penempatan sementara bagi pelancong dalam dan luar negara ke bandar Kota Bharu.

Hubungi:
 Puan Artie 019-932 7823

Alamat:
PT 3219, Taman Desa Kumumin,
Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu,
Kelantan MALAYSIA

GPS Lokasi Artie Homestay:
Latitude: 6.1496987
Longitude: 102.2978887

Keselesaan & kebersihan menjadi agenda utama dalam memberikan kepuasan kepada setiap tetamu yang menginap Artie Homestay. Dengan sokongan dari para pelanggan di Galeri Tudung Artie Natasha, kini pihak pengurusan membuka ruang kepada umum untuk menginap di Artie Homestay pada kadar yang sungguh luar biasa!


Berasal dari sebuah rumah teres 1 tingkat 2 bilik tidur sederhana besar yang terletak di Taman Desa Kemumin Jalan Padang Tembak Pengkalan Chepa, pinggir Kota Bharu Bandaraya Islam, pasti memberikan keselesaan maksima kepada tetamu. Dengan akses berbagai laluan alternatif boleh digunakan untuk sampai di Artie Homestay Kelantan, memudahkan tetamu & mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar, lebih-lebih lagi ketika hari perayaan, waktu percutian mahupun pada hari kerja biasa.

Menyediakan 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang dapur & tempat letak kereta berbumbung yang boleh memuatkan 1 buah kereta dengan tambahan 1 lagi buah kereta di bersebelahan, dilengkapi pintu pagar berkunci serta grill keselamatan (dengan kada sekuriti akses) bagi menjamin keselamatan tetamu yang menginap disini.


Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, serta menyediakan tandas dilengkapi air sejuk & panas. Cadar, sarung bantal, selimut, comforter ditukar setiap kali pengunjung baru menyewa. Bilik-bilik ini juga dilengkapi dengan karpet, langsir, kabinet baju & tikar sembahyang bagi memudahkan solat.


Ruang dapur disediakan dengan kabinet berserta peti sejuk 2 pintu. Sumber air dirawat juga di tapis menggunakan sistem penapisan terkini bagi menjamin kebersihan bekalan air. Pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan, pring, gelas serta alatan kelengkapan memasak asas juga disediakan.

Ruang makan boleh menempatkan 6 tempat duduk dilengkapkan dengan pengalas pinggan serta dekorasi.



Ruang tamu sangat selesa dengan sofa dan carpet berbulu tebal dengan keseluruhan lantai dikemaskan dengan jubin berkilat baru. Kabinet TV disediakan bersama TV skrin nipis LCD juga dilengkapi dekorder Astro untuk tontonan selama 24 jam rancangan kegemaran tetamu kelak.


Berhampiran kedai, pasaraya terkemuka, mesin ATM, pusat pengajian tinggi temmpatan, kompleks kerajaan, lapangan terbang Sultan Yahya Petra & jauh dari kesesakan lalu lintas luar biasa bandar Kota Bharu, menjadikan Artie Homestay Kelantan pilihan pelanggan Galeri Dunia Tudung Artie Natasha mahupun pilihan pelancong yang datang ke bandar ini.

Dengan menyediakan kawasan & persekitaran yang bersih, serta kelengkapan penginapan setanding butik hotel, menjadikan ia pilihan terbaik pada harga yang amat berpatutan.

Sebarang pertanyaan & tempahan boleh dibuat ke:

Telefon: Puan Artie 019-932 7823

Alamat e-mail: artie.natasha@gmail.com

Alamat: Artie Homestay
PT 3219, Taman Desa Kumumin,
Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu,
Kelantan MALAYSIA

Untuk memudahkan pengguna on-line mencari maklumat lanjut, Artie Homestay boleh juga diakses di laman berikut:-

Selamat berkunjung ke Kota Bharu, semoga penginapan anda disini selesa & berbaloi!
  • Penginapan tip top & sangat selesa seperti duduk di rumah sendiri...

    Mohd. Asri ~ Bukit Jambul, Pulau Pinang
  • Tak sangka kemudahan disediakan seolah duduk di hotel 5 STAR!

    Yusnaini Nai ~ Johor Bharu, Johor
  • Dekat dengan bandar Kota Bharu, dekat dengan kedai, memang mudah hendak kemana-mana...

    Mohd. Yahya ~ Kuantan, Pahang.

Berada di Kota Bharu & mencari tempat menginap sekeluarga?  Tempah Sekarang