Syarat Kembalian Pembayaran

Syarat & ketetapan am pembayaran tempahan di Artie Homestay memudahkan tetamu sahkan tempat menginap.

Berikut adalah syarat & ketetapan am kembalian bayaran tempahan di Artie Homestay.
  • Tempahan status " Booked " adalah tempahan booking dan pihak pengurusan belum menerima sebarang pembayaran. Sila membuat pembayaran sekurangnya 2 jam selepas membuatkan tempahan secara on-line mahupun melalui telefon & email.
  • Tempahan status " Confirmed " telah disahkan penempatan & diterima bayaran oleh pihak pengurusan.  Nama tetamu & status akan dipaparkan pada jadual/kalendar Artie Homestay di laman ini.
  • Tempahan status " Cancelled " bermaksud tempahan tersebut telah dikosongkan bagi membolehkan tetamu lain membuat booking.
  • Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui "Maybank cash deposit" (CDM) atau Maybank2u atau secara tunai melalui tangan. 
  • Simpan / email bukti pembayaran (nama, masa pembayaran, tempat, tarikh) anda kepada kami di artie.natasha@gmail.com.
  • Untuk walk-in, bayaran penuh hendaklah dibuat secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay

Pembatalan Penginapan

Jika pembatalan penginapan dibuat 48 jam sebelum tarikh & waktu masuk (checkin) pihak pengurusan akan kembalikan 100% bayaran tempahan.

Jika pembatalan penginapan 24 jam sebelum tarikh & waktu masuk (checkin), pihak pengurusan hanya akan kembalikan 50% dari bayaran tempahan.

Sekiranya pembatalan penginapan pada/didalam tarikh & waktu masuk (checkin) pembayaran tempahan akan terbatal dan wang tidak akan dikembalikan.

Namun begitu jika anda ingin menukar ke tarikh yang lain, pembayaran tempahan tersebut boleh dibawa kehadapan namun ia hanya sah laku dalam 3 bulan dari tarikh pembayaran diterima oleh pihak pengurusan.

Pihak pengurusan Artie Homestay berhak untuk menggubal mana-mana bahagian di syarat kembalian pembayaran ini mengikut kesesuaian semasa,

Hubungi:
 Puan Artie 019-932 7823

Alamat:
PT 3219, Taman Desa Kumumin,
Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu,
Kelantan MALAYSIA

GPS Lokasi Artie Homestay:
Latitude: 6.1496987
Longitude: 102.2978887
  • Penginapan tip top & sangat selesa seperti duduk di rumah sendiri...

    Mohd. Asri ~ Bukit Jambul, Pulau Pinang
  • Tak sangka kemudahan disediakan seolah duduk di hotel 5 STAR!

    Yusnaini Nai ~ Johor Bharu, Johor
  • Dekat dengan bandar Kota Bharu, dekat dengan kedai, memang mudah hendak kemana-mana...

    Mohd. Yahya ~ Kuantan, Pahang.

Berada di Kota Bharu & mencari tempat menginap sekeluarga?  Tempah Sekarang