Syarat Penginapan

Syarat-syarat am & ketetapan menginap di Artie Homestay memastikan keselesaan optimum kepada tetamu.

Artie Homestay dikendalikan sepenuhnya oleh Artie Fesyen Textile. Bagi menjamin keselesaan tetamu yang meninap disini, berikut adalah syarat & ketetapan am penginapan di Artie Homestay Kelantan.

  • Artie Homestay dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM (yang muhrim) sahaja.
  • Sila rujuk laman pengembalian tunai untuk status kembalian wang.
  • Masa masuk (checkin) adalah pada jam 2:30 petang dan masa keluar (checkout) pada jam 12:00 tengahari.
  • Tetamu hendaklah sentiasa memastikan semua suis elektrik, termasuk lampu, air-cond & kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
  • Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan di Artie Homestay sepanjang menginap di sini.
  • Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG.
  • Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti/jamuan liar adalah DILARANGi. 
  • Tetamu DILARANG membawa haiwan peliharaan.
  • Tetamu DILARANG membawa masuk minuman keras & bahan-bahan yang haram seperti khinzir/babi ke dalam Artie Homestay.
  • Tetamu DILARANG merokok di dalam premis Artie Homestay kecuali di kawasan ruang dalaman yang dibenarkan.
  • Pihak pengurusan berhak untuk tidak kembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi ketetapan am ini.
  • Pihak pengurusan berhak membatalkan tempahan pelanggan & kembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
  • Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, handphone, barang kemas, beg duit dll) dengan baik.
  • Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.

PIHAK PENGURUSAN ARTIE HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.

Pihak pengurusan berhak untuk menggubal mana-mana bahagian diatas mengikut kesesuaian untuk memastikan keselesaan tetamu dari masa kesemasa.

Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. 

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.
  • Penginapan tip top & sangat selesa seperti duduk di rumah sendiri...

    Mohd. Asri ~ Bukit Jambul, Pulau Pinang
  • Tak sangka kemudahan disediakan seolah duduk di hotel 5 STAR!

    Yusnaini Nai ~ Johor Bharu, Johor
  • Dekat dengan bandar Kota Bharu, dekat dengan kedai, memang mudah hendak kemana-mana...

    Mohd. Yahya ~ Kuantan, Pahang.

Berada di Kota Bharu & mencari tempat menginap sekeluarga?  Tempah Sekarang