Syarat Tempahan

Syarat & ketetapan am tetamu membuat tempahan di Artie Homestaydan langkah membuat pembayaran mudah untuk tempahan.

Berikut adalah syarat & ketetapan am membuat tempahan di Artie Homestay. Tetamu atau bakal tetamu adalah disarankan untuk membaca dengan teliti bagi memastikan status tempahan & penempatan anda berjaya.


Syarat & Proses Tempahan

Semak status pengesahan tempat TERKINI di jadual/kalender disediakan di laman kami. Jika bertanda merah & mempunyai nama tetamu, bermaksud penginapan pada hari tersebut telah penuh.

Jika tarikh anda pilih mempunyai kekosongan, hantar pesanan anda di laman Tempahan Homestay dan isi runag disediakan.

Anda akan menerima maklum balas dari pihak pengurusan ke alamat e-mail anda.

Ketika ini, jadual/kalender kami akan dikemaskini dengan menempatkan nama anda serta status "Booked" pada jadual/kalender di laman kami.

Sila buat pembayaran dimana-mana cawangan Maybank melalu CDM (Cash Deposit Machine) atau pembayaran secara on-line melalu mana-mana agensi perbankan ke maklumat perbankan kami seperti tertera di maklum balas e-mal.

Setelah disahkan penerimaan pembayaran, status penempatan anda di jadual.kalender kami akan bertukar ke "COMFIRMED" menunjukkan tempahan anda telah berjaya pada tarikh yang dipilih.

Untuk mempercepatkan proses, anda boleh juga menghantar snapshot slip pembayaran (jika melalui CDM) ke e-mail kami di artie.natasha@gmail.com atau menghantar SMS ke nombor telefon kami.

Email rujukan bagi sebarang pembayaran atas talian adalah artie.natasha@gmail.com sahaja.

Simpan slip pembayaran dan bawa ketika checkin di Artie Homestay sebagai bukti sokongan.

Sila rujuk syarat pengembalian pembayaran untuk maklumat lanjut.

Pihak pengurusan berhak menggubal mana-mana bahagian diatas pada bila-bila masa mengikut kesesuaian semasa.

Hubungi:
 Puan Artie 019-932 7823

Alamat:
PT 3219, Taman Desa Kumumin,
Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu,
Kelantan MALAYSIA

GPS Lokasi Artie Homestay:
Latitude: 6.1496987
Longitude: 102.2978887
  • Penginapan tip top & sangat selesa seperti duduk di rumah sendiri...

    Mohd. Asri ~ Bukit Jambul, Pulau Pinang
  • Tak sangka kemudahan disediakan seolah duduk di hotel 5 STAR!

    Yusnaini Nai ~ Johor Bharu, Johor
  • Dekat dengan bandar Kota Bharu, dekat dengan kedai, memang mudah hendak kemana-mana...

    Mohd. Yahya ~ Kuantan, Pahang.

Berada di Kota Bharu & mencari tempat menginap sekeluarga?  Tempah Sekarang